Wah! Besarnya bangunan tu! IQRA, bacalah ke?
Itulah
antara kata-kata kagum daripada kami, para pelajar Pra-Universiti KISAS 2012
tatkala tiba di pintu utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kami berasa
amat berbangga kerana dapat menjejakkan kaki di universiti terkenal tersebut.
Tarikh 23 April 2012 bakal menjadi sebahagian daripada memori bermakna kami.
Pelbagai pengalaman menarik kami dapat di sana.
Sekitar
tahun 2000, hampir keseluruhan fakulti di USIM telah mula beroperasi di kawasan
hari ini iaitu Nilai, Negeri Sembilan. Sebelum ini USIM hanya menumpang di
beberapa lokasi berbeza mengikut fakulti-fakulti yang disediakannya. USIM
merupakan salah satu daripada 20 IPTA utama negara pada hari ini. Walaupun
masih mentah jika dibandingkan dengan pengalaman IPTA lain, USIM mampu
menandingi dan telah menghasilkan graduan-graduan kelas pertama selari dengan
permintaan negara.
Rombongan
kami telah tiba di Perpustakaan USIM, tempat dimana kami diberi taklimat umum
mengenai USIM oleh kakitangan perpustakaan tersebut. Taklimat hampir 2 jam itu
turut dihadiri para Alumnai KISAS yang sedang menuntut di USIM sendiri.Pelbagai
persoalan telah dibangkitkan oleh para pelajar sepanjang sesi taklimat itu
berlangsung sebelum semua ahli rombongan dijemput menjamu selera. Sememangnya
masa ini amat dinanti-nanti oleh para pelajar. Maklumlah, rombongan kami telah
bertolak seawal jam 7.30 pagi dari sekolah. Hanya sarapan pagi yang telah
mengisi perut kami.
Selesai
makan, kami dibahagi kepada beberapa kumpulan. Dengan iringan kakitangan
perpustakaan tersebut, kami mengunjungi setiap kemudahan perpustakaan yang
disediakan untuk siswa dan siswi USIM.
Kami mencuba pelbagai peralatan yang canggih seperti di bilik Audio untuk para
pengguna mendengar lagu, Bilik Tayangan Utama yang menyediakan khidmat menonton
filem untuk pengguna, Bilik Karel untuk pengguna belajar sendirian pada
satu-satu masa serta kemudahan pinjaman buku elektronik yang menarik perhatian
kami semua. Ruang lobi perpustakaan tersebut dikenali sebagai Central of
Excellent. Di situ terdapat pelbagai maklumat seperti pelan perpustakaan,
jadual pengangkutan bas, kaunter utama serta beberapa buah manuskrip Al-Quran tulisan tangan dari
Nusantara berusia 200 tahun turut dipamerkan.
Kami pulang
sekitar pukul 2.00 petang setelah selesai penggambaran di hadapan bangunan
pentadbiran USIM, IQRA yang tersegam gah di pintu utama universiti terkemuka
tersebut. Kepada pihak USIM, kami amatlah berterima kasih kerana meberi
membenarkan kami melawat USIM. Tak dilupakan juga, diucapkan terima kasih
kepada guru-guru pengiring kami kerana telah berusaha keras bagi menjayakan
lawatan ulung-ulung kali ke IPTA di Malaysia.





